Sunday, 16 March, 2025
HomeBelanjawan 2025 : PBBLRM200,000 PERKUKUH PEMBANGUNAN & PERLINDUNGAN SOSIAL

RM200,000 PERKUKUH PEMBANGUNAN & PERLINDUNGAN SOSIAL

Kerajaan Negeri Perlis terus komited memastikan kesejahteraan rakyat melalui dua inisiatif utama dengan peruntukan RM200,000.

Sebanyak RM100,000 disalurkan untuk pembangunan wanita, keluarga, dan masyarakat, manakala RM100,000 lagi diperuntukkan bagi perlindungan sosial golongan bersasar.

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata, “Peruntukan ini bukan sahaja menghargai peranan wanita dan keluarga sebagai tunjang utama masyarakat, tetapi turut memastikan mereka yang memerlukan diberi perhatian khusus.”

Menurut beliau lagi, sokongan terhadap pembangunan wanita dan keluarga adalah penting untuk mewujudkan kestabilan sosial dan ekonomi di negeri ini.

“Mereka adalah asas kepada masyarakat yang kukuh dan progresif,” tambahnya.

Bagi perlindungan sosial pula, kerajaan memberi jaminan bahawa tiada golongan yang akan dipinggirkan.

“Kita mahu rakyat Perlis hidup lebih selesa dan tidak terbeban dengan cabaran hidup. Bantuan ini diharap dapat meringankan tekanan golongan bersasar.”

Inisiatif ini selari dengan visi kerajaan negeri untuk memperkukuh jaminan sosial dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Kerajaan percaya bahawa pendekatan ini mampu memastikan tiada pihak yang ketinggalan dalam arus pembangunan negeri.

Beliau berkata sedemikian dalam Ucapan Belanjawan di bawah Inisiatif 7, Tekad 2: Keseimbangan Sosioekonomi Tonggak Keberkatan semasa Persidangan DUN di Kompleks DUN, Selasa lepas.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments