Sunday, 15 June, 2025
HomeBelanjawan 2025 : PBBLTAHUN MELAWAT PERLIS 2024-2025 HAMPIR CAPAI SASARAN

TAHUN MELAWAT PERLIS 2024-2025 HAMPIR CAPAI SASARAN

Pelancongan Berdaya Saing: Tahun Melawat Perlis 2024–2025 Hampir Capai Sasaran 3.5 Juta Pelancong

“Belanjawan Perlis 2025 : Perlisku Bestari Berkat Lestari memberi penekanan kepada usaha menjadikan sektor pelancongan sebagai pemacu ekonomi negeri ini,” kata YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

“Sektor pelancongan terus menjadi pemangkin utama dalam merancakkan ekonomi Negeri Perlis melalui penganjuran Tahun Melawat Perlis 2024–2025 (TMPs 2024–2025).”

“Sehingga September 2024, seramai 2.7 juta pelancong telah direkodkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Perlis (MOTAC), sekaligus menghampiri sasaran 3.5 juta pelancong yang ditetapkan sempena TMPs.”

“Berbaki setahun lagi sebelum penutupan rasmi TMPs 2025, saya yakin dan optimis bahawa sasaran ini mampu dicapai menerusi pelaksanaan program dan aktiviti yang tersusun.”

“Momentum positif ini membuktikan keberkesanan strategi promosi serta penganjuran acara yang berterusan. Ia mengukuhkan lagi peranan sektor pelancongan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi di negeri ini.”

“Antara program signifikan yang mendapat sambutan memberangsangkan termasuklah penyertaan dalam pameran pelancongan antarabangsa seperti The Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA Fair).”

“Selain itu, acara ikonik seperti Pesta Angin Timur (PAT), Pesta Air Kuala Perlis, dan Festival Harumanis Negeri Perlis telah berjaya menarik ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara.”

“Dalam usaha memperkukuh industri ini, Kerajaan Negeri menyokong penuh penganjuran acara-acara tersebut dan berhasrat untuk menjadikannya sebagai acara tahunan dalam Kalender Acara Negeri Perlis 2025.”

“Justeru itu, sebanyak RM550,000 telah diperuntukkan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program-program berkenaan.”

“Saya percaya, dengan pendekatan strategik dan kerjasama erat antara agensi kerajaan, pihak industri serta komuniti setempat, sektor pelancongan Negeri Perlis mampu mencapai kejayaan berterusan.”

“Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kehadiran pelancong, malah memberi limpahan ekonomi yang mampan kepada rakyat dan negeri Perlis secara keseluruhannya.”

“Belanjawan Perlis 2025, Perlisku Bestari Berkat Lestari, menjadi pemacu utama dalam merancakkan pembangunan sektor pelancongan yang lestari serta inklusif untuk masa hadapan.”

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Belanjawan Perlis 2025 : Perlisku Bestari Berkat Lestari dalam Inisiatif 2 :  Pelancongan Berdaya Saing, di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, pagi ini.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments