Monday, 16 June, 2025
HomeBelanjawan 2025 : PBBLRM5.71 JUTA UNTUK PROJEK JALAN RAYA DI PERLIS

RM5.71 JUTA UNTUK PROJEK JALAN RAYA DI PERLIS

Kerajaan Negeri Perlis telah menggariskan komitmen holistik melalui Tekad 2, Keseimbangan Sosioekonomi Tonggak Keberkatan, yang menekankan prinsip keadilan dan inklusif dalam agihan peluang ekonomi untuk semua lapisan masyarakat.

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, menegaskan, “Kami bertekad membangunkan Perlis secara holistik dengan memastikan setiap rakyat merasai hasil kemajuan.”

Salah satu inisiatif utama yang diambil ialah penambahbaikan infrastruktur jalan dan persimpangan jalan.

“Kemudahan jaringan jalan raya adalah keutamaan kami untuk memastikan keselamatan dan keselesaan rakyat sentiasa terjamin,” kata Menteri Besar Perlis.

Bagi tahun 2025, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM5.71 juta untuk pelbagai projek infrastruktur jalan.

Sebanyak RM3.1 juta daripada jumlah ini akan digunakan untuk Projek Menaik Taraf Jalan-Jalan Negeri yang melibatkan Projek Sambungan Jalan Susur Keluar dari laluan FT194 Jalan Changlun – Kuala Perlis ke Utan Aji, Kangar, Cadangan Menaik Taraf Jalan Behor Mentalon (R153), Guar Sanji Arau, Perlis, dan Cadangan Menaik Taraf Jalan Kg. Kolam (R127) ke Stesen KTMB Fasa 1, Titi Tinggi, Padang Besar.

Selain itu, sebanyak RM1.6 juta diperuntukkan untuk Projek Menaik Taraf Persimpangan Jalan-Jalan Negeri.

“Pembangunan persimpangan jalan adalah penting untuk kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya.”

Dua projek utama dalam inisiatif ini ialah Cadangan Menaik Taraf Persimpangan Jalan Raja Muda (R104)/ Jalan Kurung Batang (R115), Bintong, Kangar dan Cadangan Menaik Taraf Persimpangan Jalan Abi Tok Hashim (R5)/Jalan Abi Batas Paip (R11)/Jalan Padang Melangit (R121), Bintong, Kangar.

Melihat kepada peningkatan trafik dan keperluan penduduk, kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan RM1 juta untuk Menaik Taraf Persimpangan Jalan / Jambatan Tok Pulau (R132) / Jalan Kangar – Alor Setar (FT7), Sanglang.

“Kami memahami keperluan rakyat dan akan terus berusaha memperbaiki infrastruktur bagi memastikan Perlis kekal sebagai negeri yang selesa dan selamat untuk didiami,” tambah beliau.

Dengan komitmen ini, kerajaan negeri Perlis berharap dapat mencapai keseimbangan sosioekonomi yang adil, sambil memastikan pembangunan yang mampan dan menyeluruh untuk masa depan yang lebih cerah.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments