Saturday, 22 March, 2025
HomeBelanjawan 2025 : PBBLPERLIS SOKONG PENGUSAHA INAP DESA

PERLIS SOKONG PENGUSAHA INAP DESA

Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan pelaburan dalam industri perhotelan, khususnya hotel bertaraf empat dan lima bintang, bagi menampung permintaan dan keperluan semasa.

Menteri Besar Perlis menyatakan, “Kerajaan Negeri tidak melupakan sumbangan pengusaha inap desa (homestay) kepada industri pelancongan di Perlis.”

“Bagi menggalakkan lebih banyak penglibatan pengusaha ini, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melanjutkan insentif Diskaun Denda Pelanggaran Syarat Nyata Tanah milik individu pada kadar 50% pada tahun hadapan.”

Dengan insentif dan galakan ini, Kerajaan Negeri berharap dapat menarik lebih banyak pelaburan dalam industri perhotelan dan memperkasakan pengusaha inap desa, seterusnya memajukan sektor pelancongan negeri.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Belanjawan Perlis 2025 : Perlisku Bestari Berkat Lestari dalam Inisiatif 2 : Pelancongan Berdaya Saing, pada hari Selasa lepas.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments