YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, menekankan tentang kepentingan kebersihan di pasar malam dan nat di seluruh negeri Perlis.
Beliau menyatakan bahawa sebelum ini, MPK telah mengedarkan plastik sampah sebagai permulaan.
“Selepas daripada itu, peniaga diminta membawa sendiri plastik sampah masing-masing dan tidak meninggalkan sampah di tapak berniaga,” kata beliau
Beliau menyeru semua peniaga untuk menjaga kebersihan tapak pasar malam dan nat selepas selesai berniaga.
“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah bekerjasama dalam usaha ini,” katanya.
Beliau juga menyeru semua wakil rakyat untuk turut serta dalam kempen kebersihan ini.
“Sampah bawa sekali. Bukannya susah sangat pun. Kalau kita semua pakat buat, pasti kebersihan dapat dipertingkatkan,” jelas beliau.
Dengan seruan ini, Menteri Besar Perlis berharap agar kesedaran mengenai pentingnya menjaga kebersihan dapat ditingkatkan di kalangan peniaga dan orang ramai.