Sunday, 16 March, 2025
HomePertanianBANTUAN PERTANIAN KEPADA ANAK MUDA

BANTUAN PERTANIAN KEPADA ANAK MUDA

Program Agropreneur Muda yang diwujudkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bertujuan membantu golongan muda 18-40 tahun yang ingin menceburi bidang pertanian dan ternakan.

Menurut EXCO Belia dan Sukan, Mohd Ridzuan Hashim, program ini meliputi skop tanaman seperti fertigasi, hidroponik, cendawan, ternakan seperti kelulut, lebah madu, sayur-sayuran, buah-buahan, industri asas tani dan input pertanian

“Sebanyak RM20 ribu insentif berbentuk peralatan pertanian, input pertanian serta khidmat nasihat teknikal disediakan daripada pihak Jabatan Pertanian.

“Anak muda yang berminat menyertai program ini perlu membuat permohonan secara atas talian di laman sesawang KPKM serta perlu mendapatkan sokongan dan pengesahan oleh pihak Jabatan,” ujarnya.

Sehingga kini seramai 2153 golongan usahawan belia tani telah berdaftar dibawah Jabatan Pertanian Negeri Perlis.

Namun begitu, turut diakui wujud sebahagian penerima bantuan ini tidak memberi komitmen terhadap projek ini dan akhirnya terbengkalai.

“Selepas ini kita akan pastikan bahawa segala peralatan pertanian, tanaman apa sahaja yang kita berikan kepada belia ini, mereka mesti laporkan komitmen mereka untuk mengendalikan peralatan yang diberi, serta melaporkan hasil mereka kepada kita.

 

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments