Sunday, 16 March, 2025
HomeWanitaPROGRAM INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT PERKASA WANITA PERLIS

PROGRAM INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT PERKASA WANITA PERLIS

Kerajaan Negeri Perlis tetap komited dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat, khusus nya kepada kaum wanita, melalui pelbagai program dan inisiatif kerjasama dengan kementerian, jabatan, dan agensi yang berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Wan Badariah Wan Saad, menjelaskan bahawa program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) telah memberi impak yang positif kepada peserta-peserta wanita yang terlibat.

“Seramai 21 peserta wanita telah terlibat dalam program IPR ini dengan kerjasama pihak berkuasa dan pelaksanaan Koridor Utara NCIA.”

“Peserta-peserta ini dibantu melalui pelbagai insentif dan latihan yang dapat membantu mereka menjana pendapatan,”

Selain itu, kerajaan negeri turut menyediakan platform yang relevan bagi membantu rakyat keluar daripada kepompong kemiskinan.

Ini termasuk peluang pekerjaan, keusahawanan dan penglibatan komuniti dalam sektor pelancongan.

“Kerajaan negeri juga telah menyediakan tawaran pekerjaan melalui pembukaan kilang baru.”

“Contohnya, JABIL yang akan dibuka tidak lama lagi, in syaa Allah.”

“Selain itu, platform usahawan turut diwujudkan untuk memberi ilmu dan nilai tambah kepada rakyat yang ingin memulakan perniagaan,” tambah beliau.

Bagi sektor pelancongan, kerajaan negeri giat memperkasakan program Community-Based Tourism (CBT) yang membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat.

“Program CBT ini memberi peluang kepada rakyat, termasuk kaum wanita, untuk terlibat secara tidak langsung dalam sektor pelancongan negeri Perlis,” jelas YB Wan Badariah.

Beliau turut memaklumkan tentang model Inisiatif Basmi Miskin Tegar (BMT) yang menjana pendapatan melalui bantuan pertanian, penternakan, dan keusahawanan.

“Melalui model ini, seramai 4 orang peserta wanita dari Kampung Syed Omar, 6 orang dari Kampung Sungai Berembang, dan 4 orang lagi dari Kampung Batu Bertangkup telah terlibat.”

Ini menunjukkan kesungguhan kita dalam memastikan setiap kawasan mendapat perhatian,” katanya.

Selain itu, kerajaan negeri turut melaksanakan model Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) yang memberi tumpuan kepada penyewaan mesin jualan automatik (vending machine) untuk makanan.

“Seramai 7 orang peserta wanita terlibat di bawah model INSAN ini, di mana penyewaan mesin makanan ditawarkan bagi tempoh dua bulan.”

“Ini dapat membantu mereka memulakan perniagaan kecil-kecilan dan menjana pendapatan.”

YB Wan Badariah menegaskan bahawa kerajaan negeri akan terus mempergiatkan usaha ini dengan kerjasama dan bantuan daripada pelbagai agensi berkaitan bagi memastikan rakyat Perlis tidak lagi ketinggalan.

“Usaha ini adalah langkah serius kerajaan untuk membasmi miskin tegar dan pada masa yang sama, memberi peluang kepada rakyat, terutama wanita, untuk berdikari serta meningkatkan taraf hidup mereka.”

Program ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan negeri Perlis dalam mewujudkan ekosistem pembangunan sosioekonomi yang inklusif dan mampan, selaras dengan visi membangunkan negeri serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments