Monday, 16 June, 2025
HomeUmumKERAJAAN NEGERI HARGAI PENJAWAT AWAM, BERI BONUS RM 2000

KERAJAAN NEGERI HARGAI PENJAWAT AWAM, BERI BONUS RM 2000

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, mengumumkan pemberian bonus khas RM2,000 kepada semua penjawat awam, termasuk kakitangan kontrak, sebagai tanda penghargaan atas dedikasi mereka.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Besar Perlis dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

“Ini adalah tanda terima kasih kita kepada penjawat awam yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.”

“Saya harap ini dapat memberi suntikan semangat kepada mereka.”

“Bayaran bantuan khas ini akan dibuat secara berperingkat pada Disember 2024 dan Mac 2025.”

“Penjawat awam adalah tulang belakang pentadbiran negeri. Keberkesanan pentadbiran kita bergantung kepada dedikasi dan integriti mereka,” ujar beliau.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments