ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail mengingatkan ketua-ketua jabatan dan penjawat awam agar mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri dalam setiap keputusan yang dibuat.
“Kerajaan kita ini ada garis panduan, jadi ketua-ketua jabatan kalau boleh rujuk kepada orang yang berkeahlian dalam mengeluarkan garis panduan itu dan patuh kepada perkara tersebut.
“Kita hormat kepada kerajaan yang berkuasa pada hari itu government of the day.
Tambah beliau, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diberi kemenangan oleh Allah untuk memerintah Negeri Perlis mempunyai hasrat dan impian untuk mencorakkan masyarakat ke arah yang lebih baik.
Beliau menegaskan contoh teguran yang pernah dibuat kepada persembahan kebudayaan supaya mengikut garis panduan tetapi masih ada yang mengingkari garis panduan tersebut.
“Kita bagitahu jangan pakai pakaian-pakaian yang mendedahkan aurat ketika membuat persembahan tetapi dilanggar, apabila kita panggil, ada sahaja jawapan sebagai ‘escapism’ untuk mewajarkan tindakan daripada jabatan yang berkenaan.
“Ini suatu perkara yang malang sebab bila kita gariskan peraturan, garis panduan, ada fatwa, kalau kita langgar, kita tak hormat, ini perkara yang cukup malang,” tambah beliau.
“Mudah-mudahan Allah memberkati Negeri Perlis dan Rakyat Perlis sebagaimana Allah memberkati Madinah dan rakyatnya.
Beliau berkata demikian semasa membahaskan Belanjawan Perlis 2025 : Perlisku Bestari Berkat Lestari dalam Inisiatif 11 : Perlisku Bestari Anjung Madinah, dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, pagi ini.
Beliau turut menegur pembinaan replika ikan lumba-lumba di Jalan Pesisir Pantai Kurong Tengar 2 yang jelas bertentangan dengan hukum Islam.