Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis mengumumkan tema Belanjawan 2025 bagi negeri Perlis yang dipiih iaitu “Perlisku Bestari Berkat Lestari” dalam Mesyuarat Keempat, Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15, di sini, pagi ini.
Menurutnya, ‘Perlisku’ menerapkan rasa kepemilikan dan tanggungjawab terhadap negeri, ‘Bestari’ pula mencerminkan kebijaksanaan dan kecemerlangan.
‘Berkat’ pula menekankan keberkatan dan kesejahteraan, manakala ‘Lestari’ mengutamakan kelestarian dan kesinambungan pembangunan untuk generasi akan datang.
“Belanjawan ini bukan sekadar angka dan perancangan kewangan semata-mata, tetapi satu usaha strategik yang dirangka untuk memastikan negeri ini terus maju dengan pembangunan yang seimbang, mampan, dan inklusif,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau mengumumkan belanjawan ini akan memberi fokus kepada tiga tekad utama iaitu:
Tekad 1 : Anjakan Ekonomi Bestari : Transformasi Menuju Kelestarian
Tekad 2 : Keseimbangan Sosioekonomi Tonggak Keberkatan
Tekad 3 : Lonjakan Perubahan : Meluhur Bestari, Meraih Berkat, Melakar Kelestarian