Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri Perlis dan Dewan Perniagaan, Perindustrian dan Pelaburan Malaysia-Wuxi China (DPPPM-WC) telah dimeterai pada 10 Oktober 2024.
Menurut YAB Menteri Besar Perlis, MoU ini menjadi langkah penting dalam mempromosikan Lembah Chuping sebagai destinasi pelaburan kepada prospek dari Wuxi, China.
Beliau yang juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Negeri berkata,
“Kerjasama ini membuka peluang baharu untuk memajukan Perlis.”
“Pihak DPPPM-WC mempunyai hubungan erat dengan Wuxi Federation Industry of Commerce (WFIOC), dan kita melihat ini sebagai peluang untuk mempromosi sektor perindustrian serta perkhidmatan pelancongan dan hospitality di negeri ini,” katanya.
Kerajaan Negeri kini sedang memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh pihak DPPPM-WC dan berharap usaha ini akan membawa manfaat ekonomi kepada rakyat negeri Perlis.