Monday, 16 June, 2025
HomeUmumKARNIVAL JUALAN RAHMAH: PERUNCIT TEMPATAN BAKAL TERLIBAT TAHUN HADAPAN.

KARNIVAL JUALAN RAHMAH: PERUNCIT TEMPATAN BAKAL TERLIBAT TAHUN HADAPAN.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri  Asas Tani, YB Tuan Haji Razali, mengakui isu kekerapan Karnival Jualan Rahmah yang menimbulkan keresahan dalam kalangan peruncit tempatan.

“Saya faham rungutan peruncit di kampung-kampung yang merasa terjejas.”

“Kita tidak mahu program ini menekan sesiapa, sebaliknya membantu semua pihak,” kata beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa untuk tahun 2025, karnival ini akan diperluas penyertaannya kepada peruncit tempatan.

“Bukan hanya pemborong dan pengedar, malah kita buka peluang kepada peruncit kecil untuk turut serta.”

“Ini memberi mereka akses kepada harga yang lebih selesa bagi meneruskan perniagaan,” jelas beliau.

Beliau menambah, penyertaan tersebut akan tertakluk kepada SOP yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran program.

“Cadangan yang dibangkitkan untuk peruncit ini saya akan bawa ke perbincangan akan datang, in syaa Allah.”

“Kita mahu pastikan kesejahteraan masyarakat dan para peniaga tempatan ini terjamin,” tambah YB Tuan Haji Razali.

Program ini, jelasnya, kekal dengan tujuan utama iaitu untuk membantu golongan berpendapatan rendah sambil membuka peluang niaga yang lebih luas kepada komuniti perniagaan kecil.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments