Sunday, 16 March, 2025
HomeSukanBANGKIT 2 KALI SEBELUM JADI JUARA

BANGKIT 2 KALI SEBELUM JADI JUARA

Guar Syed Alwi Football Club atau lebih sinonim dengan nama GSA FC tahun ini melakar sejarah yang lebih gemilang apabila berjaya menjuarai Liga Amatur A2 Piala Al Ikhsan 2024 apabila berjaya menewaskan Kelantan WTS dalam perlawanan yang berlangsung sengit pada Sabtu lalu di Stadium UiTM Shah Alam, Selangor.

Meskipun ketinggalan seawal minit ke-18 apabila Fakhrul Zaman menjaringkan gol untuk Kelantan WTS, GSA FC terus berjuang menyamakan kedudukan apabila Faizal Kadir berjaya menjaringkan gol penalti pada minit ke-32.

GSA FC sekali lagi ketinggalan pada minit ke-73 perlawanan apabila serangan bertubi-tubi Kelantan WTS akhirnya ditamatkan dengan kelalaian pemain pertahanan mereka yang melakukan gol sendiri.

Semangat juang GSA FC tidak luntur sebaliknya semakin membara dan berjaya menghasilkan jaringan penyamaan pada minit ke-89 oleh Muhaimin Shahab.

Kehadiran penyokong hampir 600 anak Perlis yang menonton perlawanan secara langsung di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad bersama YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bersama EXCO dan ADUN seakan menghantar semangat kepada pemain GSA FC di Shah Alam.

GSA FC meneruskan perlawanan sehingga tamat 30 minit masa tambahan dan seterusnya memenangi perlawanan dengan penentuan sepak penalti dengan jaringan 4 berbalas 2.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments