Sunday, 16 March, 2025
HomePertanianSAWAH TENGGELAM: KOORDINASI BERTERUSAN EXCO PERTANIAN, BANTU TINDAKAN SEGERA SELESAI MASALAH PESAWAH

SAWAH TENGGELAM: KOORDINASI BERTERUSAN EXCO PERTANIAN, BANTU TINDAKAN SEGERA SELESAI MASALAH PESAWAH

Ketika ribuan pesawah khususnya di kawasan Arau berdepan masalah padi tenggelam ekoran banjir dan masalah terusan yang melimpah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian negeri, Razali Saad antara orang paling sibuk melakukan koordinasi dengan agensi berkaitan bagi menyelesaikan masalah itu.

Bagi pihak pembangkang yang berterusan menyerang Razali kononnya tidak turun padang, sebaliknya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Empat itu, tidak lekang dengan telefon membuat panggilan terhadap agensi-agensi berkaitan bagi menyelesaikan masalah berkenaan dengan segera.

Malah, beliau juga sentiasa turun padang meninjau kawasan-kawasan terjejas yang mungkin tidak disedari pesawah.

Ironinya, tidak sampai sehari rintihan pesawah, kerajaan negeri melalui MADA dan JPS telah menempatkan pam bagi menyalurkan air yang bertakung di sawah itu keluar.

Manakala JKR, sejurus selepas menerima panggilan daripada Razali telah melakukan kerja-kerja menyelenggara masalah gelung air dari projek jalan utama di kawasan Kubang Gajah -Banat yang menghalang laluan aliran air di kawasan berkenaan.

Banjir yang melanda negeri ini sehingga menyebabkan kawasan sawah turut terjejas adalah ketentuan Allah SWT, namun usaha tetap dilaksanakan bagi membantu pesawah.

Semalam, media melaporkan, kerajaan negeri mengambil tindakan segera membantu pesawah yang terjejas dengan masalah sawah tenggelam berikutan limpahan air dari terusan Arau.

Razali dilaporkan berkata, pihaknya telah meninjau beberapa kawasan yang ditenggelami air itu dan mengenalpasti permasalahan yang dibangkitkan oleh pesawah terlibat.

Katanya, bagi penyelesaian segera, beliau telah mengarahkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) untuk membantu meninjau dan melihat keperluan bantuan pam bergerak kepada pesawah yang terjejas itu.

“MADA dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mempunyai hampir 30 buah pam bergerak dan kita akan tempatkannya di lokasi bersesuaian sebagai langkah segera dalam membantu menangani permasalahan ini,” katanya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments