Saturday, 22 March, 2025
HomeUmumGSA FC BAWA NAMA PERLIS KE FINAL

GSA FC BAWA NAMA PERLIS KE FINAL

Guar Syed Alwi FC (GSA FC) mendapat suntikan moral yang besar sebelum beraksi di Final Liga Al-Ikhsan Cup 2024 menentang Kelantan WTS FC, apabila Exco Sukan dan Belia Perlis, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim, bersama YB Haziq Asyraf, ADUN Beseri menyerahkan sumbangan rasmi kepada pasukan tersebut semalam.

Majlis penyerahan sumbangan berlangsung di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Tuan Mustaqim Abdullah. Sumbangan tersebut disampaikan kepada Presiden GSA FC, Cikgu Wan Hassan bin Ismail.

 

Mohd Ridzuan Hashim, selaku Exco Sukan dan Belia, turut memberikan kata-kata motivasi kepada pasukan tersebut. “Pasukan ini bukan sekadar membawa nama GSA FC, tetapi maruah dan semangat seluruh anak muda Perlis,” ujarnya.

“Kita juga akan mengadakan tayangan ‘big screen’ siaran langsung perlawanan di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad pada malam perlawanan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Haziq Asyraf menyeru pemain GSA FC agar menjadikan perlawanan akhir ini medan untuk mengangkat nama Perlis dipersada bola sepak tempatan.

Presiden GSA FC, Cikgu Wan Hassan bin Ismail, menyatakan rasa terima kasih atas sokongan kerajaan Negeri Perlis.

GSA FC akan bertolak ke Selangor hari ini untuk menghadapi perlawanan akhir antara GSA FC dan Kelantan WTS FC yang akan berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam.

Dengan sokongan padu dari pimpinan negeri dan rakyat Perlis, harapan kini disandarkan kepada GSA FC untuk membawa pulang kejayaan dan membanggakan Negeri ini.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments