Sunday, 16 March, 2025
HomeUmumPADANG BESAR BERI SUMBANGAN KEPADA RAKYAT DITIMPA MUSIBAH

PADANG BESAR BERI SUMBANGAN KEPADA RAKYAT DITIMPA MUSIBAH

Sebanyak lima buah rumah di kawasan DUN Mata Ayer yang terkesan akibat pelbagai musibah, termasuk ribut, masalah kesihatan (strok), dan kematian ibu dalam pantang, telah menerima bantuan sumbangan daripada Parlimen Padang Besar.

Agihan bantuan pek makanan dilakukan oleh Wakil Pusat Khidmat Parlimen Padang Besar, Puan Atikah, bersama Skuad Wanita Prihatin Perlis dan wakil Muslimat PAS Kawasan Padang Besar.

Ahli Parlimen Padang Besar, YB Rushdan Rusmi, turut menunjukkan komitmen terhadap kebajikan rakyat dengan menyediakan bantuan pek makanan secara bulanan, yang disalurkan melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat di setiap DUN.

“Alhamdulillah, dengan sumbangan ini, kami berharap ia dapat memberi sedikit kelegaan kepada penerima, terutama mereka yang ditimpa musibah.”

Pendekatan prihatin ini mencerminkan usaha berterusan dalam membantu rakyat di saat mereka menghadapi cabaran, sejajar dengan semangat kebajikan yang digariskan oleh Parlimen Padang Besar.

 

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments