Sunday, 16 March, 2025
HomeKebajikanMB PERLIS AKTIFKAN DAPUR RAKYAT BANTU MANGSA BANJIR

MB PERLIS AKTIFKAN DAPUR RAKYAT BANTU MANGSA BANJIR

Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis mengaktifkan Dapur Rakyat bagi membantu mangsa banjir mendapatkan makanan di musim ini.

Dapur Rakyat yang diuruskan oleh Khidmat Malaysia Negeri Perlis telah memulakan operasi sejak semalam bagi kerja-kerja memasak dan mengedarkan makanan segar kepada mangsa banjir.

Khidmat Malaysia Negeri Perlis yang diselaraskan oleh Mustaqim Abdullah yang juga Setiausaha Politik MB telah menghantar makanan kepada mangsa banjir sekitar Kangar pada petang tadi.

Dalam pada itu, mereka turut menghantar makanan kepada mangsa banjir di sekitar Titi Tinggi dan Arau semalam.

Kerja menghantar makanan turut dibantu oleh Haziq Asyraf Dun, ADUN Beseri.

Menurut sumber, Mohd Shukri telah mengeluarkan sumbangan peribadi berjumlah RM1,000 kepada Dapur Rakyat tersebut.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments