Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis bersama EXCO Kebajikan Negeri Perlis, Marzita Mansor segera menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Mata Ayer, di sini, semalam.
Dalam lawatan tersebut, beliau sempat bertanya khabar kepada mangsa terutama daripada golongan warga tua dan kanak-kanak.
Beliau turut menyampaikan sumbangan berupa pek makanan kering kepada setiap ketua isi rumah di PPS Guar Nangka.
Beliau turut diiringi Razali Saad, EXCO Pertanian serta Haziq Asyraf, ADUN Beseri.
Usai di PPS SK Guar Nangka, beliau bergegas ke PPS SK Titi Tinggi yang menempatkan lebih 100 orang mangsa pada ketika itu.
Mohd Shukri turut mendengar taklimat mengenai keadaan mangsa banjir terkini di seluruh Perlis yang disampaikan oleh Ku Chik Ku Mat Esa, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis.