Saturday, 22 March, 2025
HomePentadbiranEXCO PERLIS DIROMBAK, 3 EXCO BAHARU UNTUK MANTAPKAN GERAK KERJA

EXCO PERLIS DIROMBAK, 3 EXCO BAHARU UNTUK MANTAPKAN GERAK KERJA

“Harapan saya kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dapat bekerja dalam satu pasukan untuk kesejahteraan rakyat seperti mana yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku,” ujar beliau dalam sidang media pasca Majlis Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis, di Istana Arau, hari ini.

“Peranan bekas-bekas EXCO akan membantu dalam Jawatankuasa Pelaburan, pengalaman mereka selama satu-dua tahun akan membantu mencari pelaburan, sedangkan kita melihat anak muda ramai yang memerlukan pekerjaan,” tambahnya.

Ketika ditanya adakah barisan EXCO yang baru dilantik akan dirombak semula, beliau berkata ia akan kekal sehingga habis penggal Kerajaan Perikatan Nasional Negeri Perlis bagi sesi ini.

Dalam pada itu, Mohd Shukri Ramli melalui senarai yang diedarkan kepada media  mengumumkan portfolio beliau yang menyandang Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan, Pelaburan, Keselamatan dan Tanah Negeri.

Muhammad Azmir Azizan, ADUN Santan diumumkan akan memegang portfolio Agama, Pendidikan, Pembangunan Insan dan Sumber Manusia manakala ADUN Kayang, Asrul Aimran Abd Jalil memegang portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan, Penerangan dan Digital.

Selain itu, Izizam Ibrahim, ADUN Titi Tinggi akan memegang portfolio Infrastruktur, Pengangkutan dan Hubungan Sempadan, manakala Wan Badariah Wan Saad, ADUN Mata Ayer akan memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan serta Alam Sekitar.

Razali Saad, ADUN Simpang Empat akan menyandang portfolio Pertanian, Perladangan dan Kepenggunaan, manakala ADUN Sena, Marzita Mansor akan menyandang portfolio Kebajikan, Kesihatan dan Keusahawanan.

ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah akan diberi portfolio Pelancongan, Seni dan Budaya serta Pembangunan Luar Bandar, manakala Mohd Ridzuan Hashim, ADUN Guar Sanji akan menyandang portfolio Belia dan Sukan serta Sains, Teknologi dan Inovasi.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments