Sunday, 16 March, 2025
HomePentadbiran8 EXCO ANGKAT SUMPAH, TAMPIL 3 MUKA BAHARU

8 EXCO ANGKAT SUMPAH, TAMPIL 3 MUKA BAHARU

8 Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perlis (EXCO) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada pagi ini.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji diadakan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Arau selepas masing-masing menerima watikah pelantikan daripada baginda.

Lima orang EXCO yang kekal termasuklah Muhammad Azmir Azizan (ADUN Santan), Asrul Aimran Abd Jalil (ADUN Kayang), Izizam Ibrahim (ADUN Titi Tinggi), Razali Saad (ADUN Simpang Empat) dan Wan Badariah Wan Saad (ADUN Mata Ayer).

Dalam pada itu, 3 EXCO baharu ditampilkan iaitu Abu Bakar Hamzah (ADUN Kuala Perlis), Mohd Ridzuan Hashim (ADUN Guar Sanji) dan Marzita Mansor (ADUN Sena).

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Majlis turut disaksikan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Dato’ Rahimi Ismail, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Perlis, Yang Zaimey Yang Ghazali dan Pegawai Kewangan Negeri, Zepri Saad.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments