Monday, 16 June, 2025
HomePelanconganHARAPAN RAKYAT AGAR ZON ALIRAN BEBAS WANG KELIAN DIBUKA SEMULA - MB...

HARAPAN RAKYAT AGAR ZON ALIRAN BEBAS WANG KELIAN DIBUKA SEMULA – MB PERLIS

Kerajaan Negeri Perlis sangat berharap agar pihak Persekutuan mempertimbangkan pembukaan semula zon aliran bebas Wang Kelian yang telah ditutup sejak 2015.

“Sesungguhnya pembukaan ini adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Perlis terutamanya komuniti di Wang Kelian,” ujar Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dalam Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13(SLU RMK13), di Dewan 2020, Kangar, baru-baru ini.

Menurutnya lagi, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan untuk menaik taraf Kompleks ICQS Wang Kelian yang telah lama uzur maka sewajarnya penggunaan kawasan itu dioptimumkan dengan pembukaan semula zon aliran bebas.

“Pintu masuk negara yang terletak di sempadan Perlis-Thailand iaitu ICQS Padang Besar dan ICQS Wang Kelian sering kali dibanjiri dan sesak terutamanya pada musim cuti sekolah
dan perayaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelancong yang datang ke Perlis sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 juga semakin meningkat saban minggu dan perlis menjadi salah satu destinasi pelancongan utama rakyat Malaysia.

“Keindahan alam semula jadinya berjaya menggamit pengunjung untuk
berkunjung ke negeri ini.

“Kerajaan Negeri menjangkakan seramai 3.5 juta pengunjung ke Negeri Perlis dan sehingga September 2024 sahaja, kita telah berjaya merekodkan seramai lebih kurang 2.7 juta kemasukan pelancong,” tambah beliau.

 

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments