Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli meneruskan aktiviti menyantuni rakyat melalui program Jelajah Subuh dan memberi sumbangan kepada warga yang memerlukan melalui Program Ziarah Sakinah pada hujung minggu lalu.
Beliau hadir bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Muhammad Azmir Azizan,
Pada hari Sabtu, beliau menziarahi warga emas dan warga kurang berkemampuan yang uzur di Padang Keria Barat dan Padang Keria Timur.
Beliau hadir selepas program Jelajah Subuh di Masjid Darul Salam, Padang Keria.
Manakala pada hari Ahad, beliau menziarahi warga tua yang mengalami keuzuran di Kampung Paya Besar, Paya Senduk, Alor Madi di DUN Santan bersama ADUN.
Beliau hadir selepas program Jelajah Subuh yang diadakan di Masjid Al-Kauthar, Kampung Paya Beseri.