Monday, 16 June, 2025
HomeUmumDARI AMERIKA KE KAMPUNG SANTAN: NOSTALGIA 44 TAHUN RON DAN KATHY

DARI AMERIKA KE KAMPUNG SANTAN: NOSTALGIA 44 TAHUN RON DAN KATHY

Masih ramai penduduk Kampung Santan yang ingat kepada Ron dan Kathy apabila dua orang warga Amerika Syarikat ini diraikan di Kampung Santan setelah mereka kembali semula selepas hampir 44 tahun meninggalkan kampung berkenaan.

Kembalinya mereka ke Kampung Santan kerana ingin berkunjung semula ke kampung angkat mereka dan melihat rumah yang mereka sewa milik Allahyarham Abdullah Jasin di Kampung Santan sekitar tahun 1978-1980.

Anak kepada Allahyarham Abdullah Jasin, Anita Abdullah menceritakan mereka merupakan anak angkat kepada arwah abah dan mak yang pernah menyewa di rumah mak dan abah sekitar tahun 1978-1980.

“Bagai sirih pulang ke ganggang, apabila saya terkejut melihat keberadaan mereka yang secara tiba-tiba berjalan di dalam kampung dan menyapa saya. Mereka memang baik dan peramah orangnya” ujar Khalid Saad.

“Saya meraikan mereka apabila mereka berkunjung ke rumah saya setelah hampir 44 tahun meninggalkan kampung ini namun masih ingat kepada saya dan pada ketika itu saya baru berumur 15 tahun” ujar Ahmad Saad, Pengerusi MPKK Santan Selatan.

“Bertemu kita hari ini di Kampung Santan, seronok dapat berjumpa dengan semua orang kampung lagi. Saya minta maaf Bahasa Malaysia saya tidak begitu baik, tetapi kami telah mendapat kunjungan dengan menarik dan sangat gembira dapat mengunjungi rumah Santan kami lagi selepas bertahun-tahun” ujar Kathy.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments