Sunday, 16 March, 2025
HomePerlis GeoparkBUKIT CHABANG DIWARTAKAN HUTAN SIMPAN KEKAL

BUKIT CHABANG DIWARTAKAN HUTAN SIMPAN KEKAL

Bukit Chabang yang semakin menjadi pilihan pendaki bukit secara rasmi telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal berkuatkuasa 7 November 2024.

Atas faktor tersebut, orang awam yang ingin melakukan sebarang aktiviti di sekitar kawasan tersebut kini perlu memohon Permit Memasuki Hutan Simpan secara atas talian atau di Pejabat Jabatan Perhutanan Perlis dengan bayaran sebanyak RM5.

“Bagi aktiviti pendakian ke Bukit Chabang hendaklah mendapatkan perkhidmatan Malim Gunung Perhutanan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis melalui Facebook rasmi mereka atas arahan Pengarah Perhutanan Negeri Perlis.

Bukit Chabang kini menjadi pilihan ramai pendaki atas faktor keindahan pemandangan 360 darjah selain tahap kesukaran yang sederhana, hanya 390 meter dari paras laut.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments