Sunday, 16 March, 2025
HomeUmumJUALAN SEJAHTERA DUN SANTAN: AYAM SEGAR HARGA RAKYAT!

JUALAN SEJAHTERA DUN SANTAN: AYAM SEGAR HARGA RAKYAT!

Ramai penduduk sekitar merebut peluang mendapatkan ayam segar pada harga promosi di Jualan Sejahtera DUN Santan yang bertempat di dataran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Santan.

Ayam dijual di bawah harga pasaran kepada masyarakat sekitar, dengan kerjasama Syarikat Al Haddad Mart Sdn Bhd.

Jualan Sejahtera ini menawarkan harga istimewa ayam segar serendah RM10 bagi 2 ekor ayam bawah 1kg, RM10 bagi seekor ayam sekitar 1.1kg hingga 1.2kg dan RM8.50 per kilogram bagi ayam 1.5kg hingga 1.6kg.

ADUN Santan, Muhammad Azmir Azizan berharap inisiatif sebegini dapat meringankan beban penduduk dan memberi akses kepada ayam segar yang mampu milik.

“Saya berharap agar program ini dapat meringankan sedikit beban ekonomi yang ditanggung oleh masyarakat setempat.

“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Al Haddad Mart Sdn Bhd yang menjayakan usaha ini,” tambah beliau.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments