Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli melancarkan QR Code : Aspirasi Suara Rakyat Perlis 2040 iaitu sebuah platform luahan idea dan pandangan terhadap pembangunan Negeri Perlis, semasa Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2024 Peringkat Negeri Perlis di Hotel Putra Brasmana, semalam.
Melalui platform ini, seluruh masyarakat berpeluang melontarkan idea dan pandangan di dalam kerangka penyediaan dasar dan strategi pembangunan Negeri Perlis sehingga tahun 2040.
Penyediaan platform yang diselia oleh Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Perlis (PLANMalaysia Perlis) ini merupakan komitmen Kerajaan Negeri Perlis dalam merealisasikan masa depan sejahtera, progresif dan inklusif buat rakyat.

“Platform ini akan menjadi medan terbaik kepada rakyat Negeri Perlis untuk melontarkan hasrat dan impian bagi pembangunan masa hadapan Negeri Perlis.
“Marilah bersama-sama kita memberikan komitmen melalui pengkongsian idea dan pandangan yang bermanfaat dalam membentuk dasar dan polisi pembangunan negeri ke arah penambahbaikkan secara berterusan dalam konteks good governance dan delivery system,” tambah beliau.
