Perlawanan badminton tertutup wanita DUN Guar Sanji 2024 telah berlangsung dengan meriah, menyaksikan penyertaan lebih daripada 28 orang peserta.
Kejohanan ini terbuka kepada dua kategori, iaitu kategori beregu dan perseorangan, bertempat di Dewan Badminton Majlis Sukan Negeri (MSN), Kangar, baru-baru ini.
ADUN Guar Sanji, Ridzuan Hashim mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang bagi tempat pertama, kedua dan ketiga untuk kedua-dua kategori.
“Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada HPA Industries Sdn. Bhd dan Pertubuhan Kebajikan GS Care selaku penyumbang utama dalam menjayakan kejohanan ini.”
“Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada Majlis Sukan Negeri atas penyediaan fasiliti, serta wanita DUN Guar Sanji (AMEERAH) atas kejayaan menganjurkan program yang penuh bermakna ini”