Monday, 16 June, 2025
HomeUmumKOMITMEN RAKYAT BERI IMPAK POSITIF KEPADA NEGERI - EXCO PERLIS

KOMITMEN RAKYAT BERI IMPAK POSITIF KEPADA NEGERI – EXCO PERLIS

Hampir 3000 anak muda menghadiri temuduga terbuka yang dilaksanakan oleh Jabil Circuit Sdn. Bhd. di Dewan Warisan, di sini Sabtu lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia Negeri, Asrul Aimran Abd Jalil berkata jumlah kehadiran yang ramai menunjukkan komitmen yang begitu baik daripada anak muda Perlis dalam memajukan diri dan negeri.

“Kehadiran pada hari ini hampir 3000 orang menunjukkan komitmen yang begitu baik dan kita harap perkembangan ini akan memberi kesan yang baik buat negeri Perlis dan rakyatnya, insya-Allah.

“Kita mengharapkan anak-anak Perlis bergerak bersama Kerajaan Negeri, sama-sama memberi sumbang saran dan kemajuan dengan bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan negeri kita terus maju,” ujarnya.

Menurut sumber, syarikat multinasional tersebut menawarkan antara 500 hingga 1000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di kilang yang bakal dibuka pada 2025 di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA).

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments