Program Gotong Royong Perdana Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Negeri Perlis dianjurkan oleh pihak Polis Perlis di Kuarters Perumahan Polis Seriab, Kangar, di sini, semalam.
Warga kerja Polis Perlis bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis bagi membersihkan kawasan sekitar perumahan tersebut bagi menyingkirkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Gotong-royong yang dilaksanakan memberi penumpuan kepada aspek kebersihan perumahan dalam usaha membasmi pembiakan nyamuk aedes serta menggalakkan dan melahirkan kesedaran semua pihak tentang pentingnya menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal.
Dalam pada itu, turut diadakan aktiviti ceramah kesihatan dan pameran kesihatan bagi meningkatkan kesedaran komuniti setempat berkenaan bahaya Denggi, serta aktiviti derma darah.
Program turut dihadiri Tuan Megat Hashirat Bin Hassan, EXCO Kesihatan Negeri Perlis, ADUN Kayang, YB Tuan Asrul Aimran Bin Abdul Jalil dan diiringi oleh Timbalan Ketua Polis Perlis, YDH SAC Baderulhsiham bin Baharudin dan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Ybrs. Dr. Ghazali bin Chik.