Monday, 16 June, 2025
HomeRakyatJUALAN SEJAHTERA SIMPANG EMPAT DAPAT SAMBUTAN HANGAT

JUALAN SEJAHTERA SIMPANG EMPAT DAPAT SAMBUTAN HANGAT

Sejumlah 400 ekor ayam, seekor lembu, seekor kerbau dan dua ekor kambing habis dijual dalam hanya sekitar empat jam dalam Jualan Sejahtera yang dilaksanakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Simpang Empat baru-baru ini.

Program tersebut dilaksanakan atas inisiatif ADUN Simpang Empat, Razali Saad dengan kerjasama beberapa peniaga yang bersama dalam jualan tersebut.

Jualan Sejahtera ini menawarkan harga istimewa ayam segar serendah RM10 bagi 2 ekor ayam bawah 1kg, RM10 bagi seekor ayam sekitar 1.1kg hingga 1.2kg dan RM8.50 per kilogram bagi ayam 1.5kg hingga 1.6kg.

Dalam pada itu, harga istimewa turut ditawarkan bagi jualan daging tempatan iaitu serendah RM27 per kilogram serta RM100 bagi 4kg.

Razali Saad berkata jualan ini diadakan dengan tawaran istimewa bagi meringankan sedikit beban masyarakat Simpang Empat dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.

Beliau sempat hadir meninjau proses jualan yang berlangsung sejak 9.00 pagi itu disamping beramah mesra dengan pengunjung yang hadir membeli keperluan mereka.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments