Jualan Sejahtera DUN Tambun Tulang mendapat sambutan yang tidak diduga apabila 870 ekor ayam habis dijual dalam tempoh 3 jam bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari pada minggu lalu.
Program jualan yang diadakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tambun Tulang telah menawarkan harga ayam segar yang sangat istimewa kepada penduduk setempat.
Ayam dijual bermula harga RM8.50 per kilogram, RM10 seekor bagi ayam atas 1.5 kilogram dan RM10 bagi dua ekor ayam kurang dari 1kg.
Meskipun pada awalnya pihak PKWR menghadkan jualan sebanyak 500 ekor ayam sahaja, atas permintaan tinggi, 370 ekor ayam lagi ditambah bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.