Sunday, 16 March, 2025
HomeAgamaPENDEKATAN POLITIK MATANG MENGURUS KEKANGAN - EXCO AGAMA

PENDEKATAN POLITIK MATANG MENGURUS KEKANGAN – EXCO AGAMA

Muhammad Azmir Azizan, Pengerusi Jawatankuas Hal-Ehwal Agama Negeri Perlis berkata kesan kerajaan negeri tidak sama dengan kerajaan persekutuan ialah naratif dan sikap Islamofobia, sikap benci dan memusuhi Islam tidak berhenti sehingga hari ini, dan kerap dimainkan di dalam negara untuk menyebarkan ketakutan orang bukan Islam terhadap Islam.

Namun begitu, Kerajaan Negeri sedang berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap Islam meskipun sumber kewangannya terbatas.

“Meskipun masuk sebagai kerajaan yang baharu, tiada pengalaman memerintah tetapi kami berusaha memahami struktur organisasi pentadbiran dengan cepat,” katanya.

Dalam pada itu, katanya barisan wakil rakyat Perikatan Nasional yang diberi anugerah kemenangan oleh Allah dalam pilihan raya yang lepas mengenal pasti batas dan limitasi dalam gerak kerja supaya tidak menyentuh mana-mana pihak yang tidak sepatutnya.

“Kami diajar takat mana ja boleh pi, kalau pi lebih ia menyebabkan darurat pula kepada kita.

Tambahnya lagi, pihaknya sentiasa mencari peluang untuk melaksanakan agenda dakwah Islamiah, dan sekiranya gagal melalui satu kaedah, beliau akan terus berusaha mencari kaedah-kaedah lain yang mampu menatijahkan impak maksimum.

“Satu kaedah fekah ada menyebut, barangsiapa yang melakukan suatu perkara dalam keadaan gopoh, perkara tersebut akan jadi sia-sia,” tambah beliau.

“Bagi melaksanakan agenda Islam ini kita perlu untuk tidak gopoh. Kita ambil nasihat-nasihat Tuan Guru-Tuan Guru di Perlis.

“Kita ambil pendekatan politik yang ditekankan oleh Tuan Guru Presiden iaitu politik matang dan sejahtera untuk mendidik masyarakat kepada Islam.

Beliau berkata demikian dalam program Ijtimak Tarbawi 10.0 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) baru-baru ini dalam Forum “Memimpin Bersama Agenda Islam”.

Turut bersama dalam forum tersebut ialah panel yang merupakan rakan sejawat dari Negeri Kedah Dato’ Mohd Azam Abdul Samat, Negeri Terengganu, Dr. Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi serta dari Negeri Kelantan, Mohd Asri Mat Daud.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments