Sunday, 15 June, 2025
HomePendidikan4000 AKHBAR PERCUMA DIDIK PUPUK MINAT PELAJAR UNTUK MEMBACA

4000 AKHBAR PERCUMA DIDIK PUPUK MINAT PELAJAR UNTUK MEMBACA

Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis telah berbesar hati menyumbang 4000 naskah akhbar Sin Chew Daily kepada 10 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Perlis dengan kerjasama Persatuan Hokkien Perlis.

Majlis Penyerahan Tajaan Surat Khabar Sin Chew Daily kepada sekolah-sekolah tersebut telah dirasmikan oleh Mohd Shukri sendiri di Tokong Poh Aun Kong, Kangar, di sini, pagi tadi.

Sumbangan tersebut disampaikan sempena kempen membaca surat khabar di sekolah yang dianjurkan oleh pihak Sin Chew Daily sendiri, pihak SJKC serta Persatuan Hokkien Perlis.

“Tahun ini sepatutnya kita buat di sekolah juga, walaupun mendapat kebenaran dari pihak SJKC tetapi dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kita tidak mendapat kelulusan,” ujarnya.

Menurutnya lagi program seumpama ini telah dilaksanakan bermula tahun lepas di SJKC Khoon Aik Kangar namun terpaksa dibuat di luar premis sekolah pada tahun ini bagi meraikan pihak penganjur yang telah membuat persiapan sejak dua bulan lalu.

Dalam pada itu, beliau menekankan peranan seluruh anggota masyarakat dalam menyumbang kepada kerja melahirkan tonggak negara dan pemimpin negara masa hadapan.

“Saya percaya kempen ini adalah selari dengan matlamat pembelajaran komprehensif bagi melahirkan para pelajar yang cemerlang dan berdaya saing peringkat global.

“Bertepatan hasrat Kerajaan Negeri yang ingin melahirkan ramai modal insan yang
berkualiti dan mampu memberi sumbangan buat negeri dan negara kita,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Ketua Biro Sin Chew Daily Kedah Perlis, Puan Chong Ling Chi berkata sumbangan yang disalurkan oleh Mohd Shukri akan disampaikan kepada SJKC di Perlis sebanyak 10 naskah pada setiap minggu selama 40 minggu.

“Surat khabar yang akan diagihkan kepada sekolah-sekolah ialah pada setiap Selasa yang menyiarkan artikel Xin Xin Xue Tang iaitu artikel yang meyentuhkan isu-isu semasa secara tulisan cerita kanak-kanak.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments