Sunday, 16 March, 2025
HomeKebajikanSUMBANGAN DAN JUALAN SEJAHTERA 1000 EKOR AYAM SEMPENA DEEPAVALI

SUMBANGAN DAN JUALAN SEJAHTERA 1000 EKOR AYAM SEMPENA DEEPAVALI

Bersempena sambutan Hari Deepavali yang akan hadir tidak lama lagi, ADUN Beseri, Haziq Asyraf Dun sekali lagi dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) menganjurkan Jualan Sejahtera di PKWR tersebut, pagi tadi.

Menurut Haziq Asyraf, inisiatif tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat Beseri apabila 1000 ekor ayam berjaya dijual pada pagi tadi.

“Kita buat sekali lagi sempena Deepavali, untuk bantu ringankan beban rakyat untuk sambut perayaan disamping memperkukuh perpaduan antara kaum di Beseri ini,” ujarnya.

Jualan ayam ini menawarkan tiga kategori harga iaitu dua ekor ayam pada harga RM10, seekor ayam pada harga RM10 dan sekilo ayam pada harga RM8.50.

Disamping itu, ADUN muda tersebut tidak melepaskan peluang menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada 25 keluarga masyarakat beragama Hindu di kawasan beliau pada petang tadi.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments