Sunday, 16 March, 2025
HomeUmum25 PASUKAN BERENTAP DALAM KEJOHANAN FUTSAL SEJAHTERA PIALA YB BESERI

25 PASUKAN BERENTAP DALAM KEJOHANAN FUTSAL SEJAHTERA PIALA YB BESERI

Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) ADUN Beseri baru-baru ini menganjurkan Kejohanan Futsal Sejahtera Piala YB Beseri di D’Futsal Center, Kangar.

Menurut ADUN Beseri, Haziq Asyraf berkata kejohanan yang dianjurkan bagi tahun kedua ini berjaya mendapat penyertaan sehingga 25 pasukan, bertambah 10 pasukan berbanding tahun lalu.

“Tahun lepas kita hanya ada 15 penyertaan, tahun ini bertambah lagi 10 pasukan termasuk pasukan daripada Kem 504 Wataniah, Balai Polis Beseri, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perhutanan.

“Kejohanan ini dilaksanakan bagi mengeratkan perpaduan dalam kalangan Keluarga Beseri disamping memastikan anak muda Beseri menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat,” tambah beliau.

Dalam pada itu, program turut dihadiri serta dirasmikan oleh Wan Zikri Afthar Ishak, EXCO Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Perlis.

“Kami ucapkan terima kasih kepada YB EXCO serta pihak Majlis Sukan Negeri (MSN) yang menyalurkan peruntukan kepada Pusat Khidmat bagi membolehkan kejohanan ini dilaksanakan dengan baik,” kata Haziq Asyraf.

Rata-rata pemain menyatakan kepuasan mereka menyertai kejohanan ini disamping memohon agar ia dapat dilaksanakan lagi di masa hadapan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments