Sunday, 16 March, 2025
HomeRakyatKAUM INDIA DISANTUNI SEMPENA DEEPAVALI

KAUM INDIA DISANTUNI SEMPENA DEEPAVALI

ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada masyarakat kaum India di Taman Bunga Padi dan Taman Jelita semalam sempena perayaan Hari Deepavali yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Dalam lawatan tersebut, Fahkrul Anwar menyampaikan cenderahati berupa kuih raya kepada 15 buah rumah sebagai tanda ingatan kepada komuniti itu.

Katanya, nilai persahabatan dan sikap saling menghormati sesama masyarakat perlu menjadi keutamaan kerana ia kekuatan yang perlu diperkukuh dalam kalangan rakyat Perlis.

Penduduk yang menerima kunjungan turut berasa terharu dan menghargai keprihatinan ADUN tersebut dalam menceriakan sambutan Deepavali mereka tahun ini.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments