Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli terus menyemarakkan Kempen ‘Hayya Ala Solah’ yang diterajui oleh Kerajaan Negeri Perlis melalui program Jaulah Subuh pada hujung minggu baru-baru ini.
Pada Sabtu, Mohd Shukri bersama EXCO Hal-Ehwal Agama, Muhammad Azmir Azizan, EXCO Kerajaan Tempatan, Asrul Aimran ADUN Beseri, Haziq Asyraf Dun serta CEO MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor turun dalam program tersebut di Masjid Ar-Rahman Kampung Belukar di Beseri.
Mohd Shukri turut mengambil peluang beramah mesra bersama masyarakat tempatan selepas usai mendirikan Solat Subuh dengan ucapan ringkas disamping bersarapan di warung roti canai berhampiran masjid tersebut.
Selain itu, beliau turut mengambil kesempatan menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas di sekitar Kampung Belukar.
Pada hari Ahad pula, beliau hadir dalam program Jaulah Subuh di Masjid Al-Imarah Abi Batas Paip, Kangar.
Untuk rekod, Kempen ‘Hayya Ala Solah’ telah dilancarkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada 3 November 2023 sebagai inisiatif pihak Kerajaan Negeri dalam mendidik masyarakat untuk melaksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim.