Syarikat Jabil Circuit Sdn. Bhd. membuka peluang pekerjaan sekitar 500 hingga 1000 peluang pekerjaan kepada anak Perlis menerusi satu sesi temuduga terbuka besar-besaran pada Sabtu, 9 November ini.
EXCO Pembangunan Sumber Manusia, Asrul Aimran Abd Jalil berkata jawatan tersebut adalah bagi jawatan operator manakala 50 lagi jawatan lain turut ditawarkan oleh syarikat tersebut.
“Marilah semua anak Perlis khusunya, hadir ke temuduga ini bagi mengisi kekosongan jawatan di kilang yang pertama di CVIA ini, untuk memastikan kita dapat bekerja di Perlis seterusnya berbakti kepada negeri disamping berbakti kepada ibu ayah,” katanya
Menurutnya lagi, kilang pembuatan komponen elektronik bertaraf multinasional ini dijangka akan dibuka di CVIA pada tahun 2025.
Mereka yang berminat untuk mengisi jawatan yang dinyatakan boleh hadir ke temuduga yang akan diadakan di Dewan Warisan, Kangar pada hari Sabtu tersebut bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Calon temuduga juga diingatkan supaya membawa dokumen penting seperti sijil kelayakan dan dokumen peribadi yang berkaitan untuk melancarkan proses temuduga tersebut.