Monday, 16 June, 2025
HomePentadbiranHARAP SS BAHARU KEKAL LEBIH LAMA - MB PERLIS

HARAP SS BAHARU KEKAL LEBIH LAMA – MB PERLIS

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata beliau meminta supaya Setiausaha Kerajaan Negeri (SS) yang baru dilantik supaya dapat kekal lebih lama.

Katanya hasrat tersebut telah disampaikan kepada kerajaan persekutuan semasa pertemuannya dengan YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof pada Jumaat lalu.

“Saya kata YAB tolong pastikan SS yang (baru) datang ini lama supaya sempat kami merancang pembangunan negeri ini dengan lebih berkesan,” katanya.

Datuk Rahimi Ismail baru-baru ini telah dilantik sebagai SS Negeri Perlis menggantikan Datuk Che Murad Sayang Ramjan yang akan menyambung perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat di Putrajaya.

Che Murad Sayang menjadi antara SS yang paling singkat perkhidmatannya di Perlis dengan hanya memegang jawatan tersebut selama tiga bulan bermula 3 Julai lalu.

Untuk rekod, Mohd Shukri telah menerima pertukaran Setiausaha Kerajaan Negeri sebanyak lima kali sepanjang tempoh dua tahun pentadbirannya.

Beliau mengakui kekerapan pertukaran Setiausaha Kerajaan Negeri memberi gangguan kepada urusan pentadbiran dan perancangan pembangunan negeri.

Dalam pada itu, beliau berharap agar kehadiran SS yang baru dapat menyambung polisi dan perancangan yang telah ditinggalkan oleh pegawai sebelumnya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments