Sunday, 16 March, 2025
HomeKebajikanJUMLAH MANGSA BANJIR MENINGKAT SECARA MENDADAK

JUMLAH MANGSA BANJIR MENINGKAT SECARA MENDADAK

Seramai 677 orang mangsa membabitkan 203 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dilanda banjir sejak semalam.

PPS SK Sena menempatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 206 orang mangsa, PPS SK Kubang Gajah seramai 126 mangsa, PPS SK Guar Nangka 109 mangsa,PPS SK Bintong 78 mangsa,serta PPS SK Arau 158 orang mangsa termasuk 6 orang bayi.

Dalam pada itu, sumber melaporkan bahawa agensi pengurusan banjir telah bersiap sedia untuk membuka PPS Kolej Vokasional (KV) Kangar sekiranya jumlah mangsa terus bertambah.

Beberapa jalan utama di negeri ini turut berada dalam keadaan bahaya untuk dilalui seperti jalan dari Taman Sena – Jejawi, Taman Sena – Sempering serta Kubang Gajah.

Namun begitu, aras air sungai di beberapa stesen telah memberi sedikit kelegaan apabila mencatatkan penurunan terutamanya di Empangan Timah Tasoh yang kini berada pada aras 29.18 meter berbanding 29.64 meter pada jam 8.00 malam semalam.

Disamping itu, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli semalam turun meninjau keadaan mangsa banjir di PPS SK Sena sehingga jam 10.00 malam bersama ADUN Sena, Datin Marzita Mansor.

EXCO Pengurusan Bencana, Megat Hashirat Hassan semalam turun menziarahi mangsa banjir di PPS Guar Nangka bersama ADUN Chuping, Saad Seman serta Pegawai Ahli Parlimen Padang Besar, Muhammad Syafiq Shukor yang menyampaikan sumbangan daripada YB Rushdan Rusmi.

Selain itu, Marzita pada 9.00 pagi tadi meneruskan misi menyantuni mangsa banjir yang masih berada di rumah masing-masing di Sena di sekitar Kampung Batu Dua, Kampung Tanjung Gorah,Kampung Repoh Tepi Sungai serta Kampung Repoh Selatan.

ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail turut memberi fokus menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di PPS SK Bintong kali kedua pada 12.00 tengah hari tadi selepas melawat kali pertama semasa PPS tersebut dibuka pada lewat malam semalam.

ADUN Titi Tinggi, Izizam Ibrahim turut meninjau banjir yang berlaku di sekitar perumahan di Padang Besar serta banjir kilat di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) yang berlaku semalam.

 

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments