Sunday, 20 July, 2025
HomeSukanPERLIS PERNAH DIGELAR 'GIANT KILLER' SUATU KETIKA DAHULU - MB PERLIS

PERLIS PERNAH DIGELAR ‘GIANT KILLER’ SUATU KETIKA DAHULU – MB PERLIS

Sejarah mencatatkan pasukan bola sepak Perlis pernah menjadi salah satu pasukan yang digeruni di tanah air sehingga berjaya membawa pulang Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata generasi muda di Perlis perlu tahu bahawa Perlis pernah digelar ‘Giant Killer’ suatu ketika dahulu supaya mereka dapat mengambil semangat generasi itu serta mengembalikan kegemilangan Singa Utara.

“Peringkat kerajaan negeri kami sangat menyokong dan mengambil berat berkaitan usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak Perlis,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Kejohanan Bola Sepak Piala YB DUN Titi Tinggi anjuran ADUN Titi Tinggi, YB Izizam Ibrahim di Dewan Orang Ramai Felda Rimba Mas pada Jumaat lalu.

“Kejohanan ini merupakan inisiatif yang amat baik dalam mengangkat sukan bola sepak sebagai medium perpaduan dalam masyarakat selain membuka ruang kepada anak-anak muda memperlihatkan bakat dan mengasah potensi mereka.

“Saya yakin bahawa kejohanan ini akan menjadi platform yang baik untuk mengenal pasti bakat-bakat baharu yang boleh dikembangkan untuk mewakili negeri dan negara suatu hari nanti,” katanya lagi.

Liga Bola Sepak Piala YB DUN Titi Tinggi menampilkan 8 pasukan iaitu Batu 16, Kampung Sena, Lubuk Sireh, Ferimas, Kok Mak, Titi Tinggi serta 2 pasukan jemputan dari Bomba FC dan Padang Besar Cops.

Selain itu, perlawanan liga ini akan berlangsung di Padang Bola Sepak Lubuk Sireh dan Padang Bola Sepak Kok Mak bermula pada 6 Oktober 2024 dan dijadualkan berakhir pada 11 November 2024.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments