Sunday, 16 March, 2025
HomeUmumPADANG BESAR SERIUS INGIN BANGUNKAN HAB HALAL

PADANG BESAR SERIUS INGIN BANGUNKAN HAB HALAL

Pembangunan hab halal di Perlis dalam landasan yang tepat setelah satu perbincangan meja bulat diadakan mengenai Pembangunan Hab Halal dan Pemerkasaan Industri Halal yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Padang Besar, Rushdan Rusmi, kelmarin.

Menurut beliau, perbincangan yang berlangsung di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) diadakan bertujuan mengenal pasti kekuatan, kekangan, peluang dan pendekatan yang perlu diambil bagi membangunkan sektor halal di negeri ini.

“Walaupun program hari ini merupakan satu langkah permulaan, sudah banyak input yang kita peroleh dan membuktikan cabaran bagi mewujudkan hab halal ini bukanlah mudah,” katanya.

“Antara input yang perlu diteliti dengan lebih mendalam ialah berkaitan pembangunan infrastruktur kawasan perindustrian, kelulusan dan pengurusan sijil halal, polisi ekonomi dan pelaburan negeri, penguatkuasaan dan pengawasan keselamatan, kesejahteraan sosioekonomi dan pekerjaan, kesinambungan alam sekitar serta pembangunan industri,” tambah beliau.

Perbincangan yang berlangsung selama satu hari tersebut melibatkan sembilan orang pakar penyelidik dari Pusat Penyelidikan Pembangunan, Inovasi, dan Sekuriti Makanan (FInDER), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Mereka ialah Prof Madya Dr. Risyawati Mohamed Ismail, Dr. Mastora Mustafar, Dr. Siti Zakiah Abu Bakar, Prof Madya Ts. Dr. Fadilah Mat Yamin, Prof Madya Dr. Noorulsadiqin Azbiya Yaacob, Dr. Nur Syazwani Mohd Nawi, Dr. Siti Norhasmaedayu Mohd Zamani, Prof Madya Dr. Shafini Mohd Shafie serta Dr. Salmah Omar.

Dalam pada itu, agensi kerajaan negeri juga turut hadir memberi sokongan terhadap usaha ini seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Ustaz Mohd Nazim Mohd Noor, serta wakil dari Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) dan Majlis Pembandaran Kangar.

Majlis turut menyaksikan pelancaran ‘Northern Wagyu’ yang merupakan daging wagyuyang dihasilkan oleh anak tempatan di Perlis yang disempurnakan oleh Rushdan Rusmi sendiri.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments