Monday, 16 June, 2025
HomeKomuniti75.38 TAN SAMPAH DIKUTIP SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA

75.38 TAN SAMPAH DIKUTIP SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA

75.38 tan sampah berjaya dikutip hasil program Hari Cuci Malaysia Peringkat Negeri Perlis yang dijalankan selama dua hari di sekitar Perlis pada hujung minggu lalu.

Pada hari pertama, seramai 453 orang sukarelawan melibatkan pegawai dan kakitangan daripada pelbagai jabatan dan agensi negeri serta penduduk-penduduk kawasan yang berkenaan.

Kerja gotong-royong mengutip sampah dan pembersihan longkang serta sampah haram yang dijalankan di 13 lokasi berbeza melibatkan kesemua tiga parlimen di seluruh Perlis.

Hari kedua melibatkan 200 orang sukarelawan hadir bagi aktiviti gotong-royong pembersihan bandar yang dijalankan di sekitar Pekan Kangar.

Program dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kangar sempena ‘World Cleanup Day 2024’ yang koordinasi oleh sebuah organisasi antarabangsa, Let’s Do It World.

Program Pembersihan Mega Seluruh Negara Peringkat Negeri Perlis telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perlis; Tuan Mohd Shukri Ramli di Perkarangan Masjid As-Shahrani Behor Lateh Kangar Perlis.

Menurut EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Asrul Aimran Abd Jalil berkata program ini membuktikan kemampuan rakyat Perlis bergotong-royong demi kelestarian alam yang lebih baik untuk generasi hadapan.

“Kebersihan adalah fitrah manusiawi, kita perlu laksanakan amar makruf nahi mungkar termasuk dalam aspek kebersihan alam sekitar kerana ia menjamin kesihatan fizikal dan mental,” ujarnya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments