Sunday, 16 March, 2025
HomeSukanLTDL 2024 : RAKYAT PERLIS BERI SOKONGAN KEPADA PELUMBA

LTDL 2024 : RAKYAT PERLIS BERI SOKONGAN KEPADA PELUMBA

“Alhamdulillah, kami amat  berbangga kerana ramai rakyat Perlis yang hadir beri sokongan kepada pelumba pada pagi ini,” ujar YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Beliau bercakap demikian ketika diminta memberi sedikit ucapan wakil tuan rumah semasa Majlis Pelepasan Petronas Le Tour de Langkawi 2024 Peringkat Kedua (2) di Bandar Arau, pagi tadi.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih Perlis sebagai tuan rumah majlis pelepasan,” katanya.

Seramai 216 pelumba dilepaskan pada pagi tadi akan berentap sejauh 154.5km dari Arau hingga ke Butterworth, Pulau Pinang.

Turut hadir dalam majlis pelepasan ialah, Speaker DUN, barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, barisan ADUN serta rakyat jelata negeri Perlis.

Le Tour de Langkawi 2024 kembali menampilkan Perlis sebagai laluan perlumbaan selepas selepas 2018, Perlis menjadi lokasi permulaan perlumbaan peringkat pertama.

 

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments