Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) Sdn Bhd yang turut memiliki premis di Perlis dikatakan tidak melakukan sebarang aktiviti pengambilan ahli sebaliknya hanya melakukan aktiviti perniagaan.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Muhammad Azmir Azizan, EXCO Hal-Ehwal Agama Negeri Perlis selepas selesai Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Kompleks DUN, Kangar, di sini, semalam.
“Seperti premis di Kuala Perlis, mereka hanya melakukan aktiviti perniagaan, tiada aktiviti rekrut,” katanya.
“Pusat penjagaan juga tidak wujud di Perlis, itu hasil dapatan ketika sebuan pihak berkuasa baru-baru ini.
Sebelum ini, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) melaksanakan operasi bersepadu Op Global bersama pihak polis menyerbu dua premis berkaitan GISBH di Kuala Perlis.
Hasil serbuan pada 21 September tersebut mendapati premis tersebut telah ditutup dan pihak berkuasa menemui 63 barangan berkaitan ajaran itu.