300 orang peserta dari segenap lapisan masyarakat rakyat Perlis menyertai Mata Ayer Fun Run Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat DUN Mata Ayer, pada Sabtu, 21 September lalu.
Acara dibahagikan kepada 3 kategori iaitu bawah 12 tahun, 13 hingga 20 tahun serta 21 tahun ke atas sejauh 4 kilometer berlangsung sekitar satu jam bermula 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.
Bagi kategori 12 tahun dan ke bawah, pertandingan dijuarai Adam Ferhad Muhamad Khairil Anuar, manakala tempat kedua dan ketiga disandang oleh Khalif Adika Mohd Nor Azham dan Muhammad Haziq Haikal Abdul Rashid.
Bagi kategori 13 hingga 20 tahun, pertandingan dimenangi oleh Muhamad Fareez Haikal Muhamad Azuan, tempat kedua disandang oleh Muhammad Ameer Fawwaz bin Suhaimi
dan Afi Firhan Bin Muhamad Khairil Anuar memenangi tempat ketiga.
Manakala bagi kategori 21 tahun dan ke atas, pemenang pertama hingga ketiga ialah Tengku Muhd Fazeri Tengku Razak, Abdul Razif Rosli dan Mohd Hasfiz Faisal Bin Hashim.
Selain itu, acara istimewa turut disediakan iaitu cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa basikal Mountain Bike yang dimenangi oleh Harziyana Ibrahim disamping 70 lagi hadiah saguhati.
Turut hadir dalam majlis penyampaian hadiah ialah Affendi Rajini Kanth selaku YDP Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Rosmariani Ab Rashid, Pengarah Jabatan Korporat dan Sumber Manusia MPK, serta Nordin Bin Harun Ahli Majlis MPK Kawasan Mata Ayer.