Pusat khidmat wakil rakyat ADUN Guar Sanji, dengan kerjasama PEMUDA Dun Guar Sanji, NGO Ameerah Arau dan Majlis Tindakan DUN Guar Sanji telah menganjurkan program Pida Run Dun Guar Sanji 2024 di Surau Markaz Kampung Semut Gatal.
Program larian ini dianjurkan bersempena Tahun Melawat Perlis 2024-2024, lebih 230 orang telah menyertai program larian ini termasuk peserta dari Kedah, Pulau Pinang, Pahang serta rakyat Perlis sendiri.
“Alhamdulillah, program ini telah mencapai sasaran penyertaan yang memuaskan, pada awalnya program larian ini hanya menyasarkan 100 orang penyertaan, namun program ini telah mendapat sokongan penyertaan yang memberangsangkan dengan penyertaan lebih 230,” ujar YB. Ustaz Mohd Ridzuan bin Hashim, ADUN Guar Sanji.
Ujarnya lagi penganjuran program ini memberi pengalaman yang unik kepada pelancong luar negeri, mereka dapat mengenali budaya penduduk di DUN Guar Sanji dan dapat beramah mesra dengan petani di bendang.
Ini sejajar dengan kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025 iaitu bukan sahaja menikmati keindahan permandangan malah di iringi dengan sikap harmoni rakyat Perlis.
Turut hadir menyerikan program, Dato Seri Shahidan Kasim, Ahli Parlimen Arau merangkap Mantan Menteri Besar Perlis.
Sumber : FB PKWR DUN Guar Sanji