Kerajaan Negeri Perlis melalui EXCO dan ADUN-ADUN terus memberi tumpuan kepada kebajikan mangsa banjir di seluruh negeri.
Terbaharu, Asrul Aimran Abd Jalil, EXCO Kerajaan Tempatan turun padang menziarahi mangsa banjir di sekitar Dun Kayang iaitu di Kampung Kota Keran dan Pengkalan Asam, sekitar jam 10 malam, semalam.
Sukarelawan daripada Jabatan Amal Malaysia (JAM), Khidmat Malaysia serta Alternative Riding Club (ARC) turut membantu penduduk mengalihkan perabut dan peralatan elektrik di dalam rumah mangsa ke tempat yang lebih tinggi bagi mengelak dari terkena air.
Dalam pada itu, turut serta dalam misi bantuan banjir semalam ialah YB Haziq Asyraf Dun yang mengetuai JAM serta Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Perlis, Muhammad Mustaqim Abdullah.
Misi diteruskan sehingga jam 12.00 malam di Wang Ulu dan Kampung Hutan Gandil.