Banjir di Perlis terus memburuk dengan 42 penduduk daripada 11 keluarga terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS), iaitu di Sekolah Kebangsaan Sena dan Sekolah Kebangsaan Arau.
Situasi banjir semakin teruk berikutan hujan lebat yang berterusan. PPS SK Arau menempatkan penduduk paling ramai, melibatkan 29 orang daripada tujuh keluarga, manakala di PPS SK Sena, 13 orang daripada empat keluarga dipindahkan.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis menjangkakan lebih ramai penduduk mungkin perlu dipindahkan jika keadaan cuaca tidak bertambah baiK.
Beberapa kawasan lain turut dilanda banjir, termasuk Kampung Titi Besi dan Kampung Tok Kandang, dengan air terus naik akibat sistem perparitan yang tidak berfungsi dengan baik.
Pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah untuk terus berwaspada.
Awal pagi tadi, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Perlis, Tuan Mustaqim Abdullah melawat mangsa di PPS SK Sena disamping mendapatkan maklumat semasa daripada pihak NADMA.