Monday, 16 June, 2025
HomeUmumPASAR MALAM SELURUH PERLIS AKAN BERHENTI SOLAT MAGHRIB

PASAR MALAM SELURUH PERLIS AKAN BERHENTI SOLAT MAGHRIB

Bermula 15 September 2024, semua pasar malam di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT) atau swasta di seluruh negeri ini akan berhenti beroperasi seketika dalam tempoh 20 minit bagi membolehkan para peniaga mendirikan solat Maghrib.

Menurut EXCO Kerajaan Tempatan, Asrul Aimran Abd Jalil, program ‘Berhenti Dulu Kita Solat’ merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Perlis memperkasa kempen ‘Hayya Ala Solah’.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihaknya, tempoh penutupan ialah 10 minit sebelum masuk waktu dan 10 minit selepas masuk waktu tersebut membolehkan solat Maghrib didirikan oleh peniaga serta pengunjung  dalam keadaan selesa dan tidak tergesa-gesa.

Adapun bagi peniaga bukan Islam, mereka tidak dihalang untuk berniaga sepanjang tempoh tersebut namun adalah digalakkan untuk turut sama menutup perniagaan mereka seketika.

“Sebagai langkah mendidik masyarakat, anggota penguatkuasa PBT akan turun padang bagi memastikan kejayaan program ‘Berhenti Dulu Kita Solat’ ini dengan memberi nasihat dan teguran terlebuh dahulu,” katanya.

 

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments